30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki....
Jul 3, 2011, ϟ


1 :: Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .
2 :: Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu berikan dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .
3 :: Wanita sukar untuk mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan ) .
4 :: Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .
5 :: Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat .
6 :: Wanita memang sukakan pujian , tetapi selalu tidak tahu macam mana untuk menerima pujian .
7 :: Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia sedah buat keputusan dia akan lakukan apa saja .
8 :: Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan dirinya dari kamu selepas kamu menolak cintanya , biarkan sia untuk seketika . Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan , cubalah tegur secara perlahan .
9 :: Wanita suka meluahkan apa saja yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan , dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .
10 :: Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna .
11 :: Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita .
12 :: Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif , misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat , tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit , semua rakan-rakanya akan tahu berita tersebut .
13 :: Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu .
14 :: Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usaha untuk memikatnya .
15 :: Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita . Jadi jangan senyum sebarangan .
16 :: Jika kamu menyukai seorang wanita , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam .
17 :: Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya . Tanya dia sendiri .
18 :: Selepas seorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini lebih awal .
19 :: Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis , cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta .
20 :: Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri .
21 :: Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya .
22 :: Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya .
23 :: Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .
24 :: Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .
25 :: Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarangan kompromi .
26 :: Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati .
27 :: Senjata wanita ialah airmata .
28 :: Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya ( hadiah , bunga atau sekadar kad ucapan romantis ) . Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu .
29 :: Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . So , kalau nak memikat wanita , pandai-pandailah .
30 :: Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa .

new past