Dec 2, 2011, ϟ

(1.)  Menjaga kebersihan diri (Tidak selekeh)
Setampan mana pun seorang lelaki, jika dia tidak menjaga kebersihan diri (baju kotor, pakai selekeh, bau busuk), ketampanan itu tak akan mampu menarik hati wanita. Semua orang (kecuali orang gila @ tak normal) sukakan penampilan yang bersih. Hatta si pengotor sekalipun suka kepada benda-benda yang bersih. Jadi, pastikan anda rajin mandi (agar badan tidak berbau), sikat rambut dengan kemas, potong kuku yang panjang dan selalu gosok gigi. Ini sangat penting kerana jika anda kotor, semua orang akan melarikan diri dari anda. Cuba bayangkan seorang lelaki tampan, tapi bau badannya busuk macam belacan. Mahukah anda kepada orang sebegitu?
(2.)  Mempunyai gaya tersendiri @ ‘Sense of Style’
Anda tidak perlu mengikuti gaya berpakaian seperti David Beckham atau Robert Pattinson untuk tampak bergaya @ stylish. Anda cuma perlu pakai pakaian yang bersih, kemas dan tidak selekeh. Pakailah pakaian yang sesuai dengan penampilan anda. Tak semestinya yang berjenama. Bagi yang ada misai atau janggut, selalu-selalu lah ‘trim’ atau potong bagi kemas sikit.
(3.)  Ada sikap lucu @ ‘humor’ dalam dirinya (Tidak terlalu serius)
Lelaki yang ada sikap lucu @ humor biasanya sangat disukai wanita @ awek. Mengapa? Kerana wanita sudah ada cukup masalah dalam hidup mereka dan mereka inginkan seseorang yang dapat menceriakan hidup mereka. Mereka mahukan seseorang yang dapat mengurangkan tekanan hidup mereka. Di kala mereka stress, wanita ingin dirinya ditemani oleh pasangan yang dapat membuatkan mereka tertawa. Percaya atau tidak, ramai pelawak di Malaysia ini yang mempunyai awek yang comey2. J
(4.)  Bersikap Prihatin @ Caring
Tidak syak lagi, seorang yang prihatin biasanya adalah seorang yang mengambil berat dan baik hati. Ada banyak cara seseorang boleh menunjukkan perhatian atau menunjukkan rasa ‘caring’ tersebut. Memimpin tangan ketika menyeberang jalan, mengambil makanan untuknya, menelefon dia untuk mastikan dia selamat sampai ke rumah, adalah beberapa contoh ‘sikap prihatin’ yang boleh dianggap kecil dan remeh, tapi mempunyai kesan yang besar sebenarnya.
(5.)  Selalu Senyum (Sejuk mata memandang)
Senyuman adalah ‘kosmetik’ paling berkesan untuk menjadikan muka seseorang itu manis. Walaupun anda tak hensem, tapi kalau selalu senyum, pasti sejuk mata memandang. Ramailah yang akan datang dekat dengan anda. Sebaliknya kalau anda kacak sekalipun, tapi muka masam ‘ketat’ semacam jer, siapa pun takut nak datang dekat.
(6.)  Bersikap cool (Sentiasa tenang)
Ketenangan melambangkan kematangan. Pada ketika seorang wanita @ awek sedang panik dan kelam kabut menghadapi sesuatu situasi tertentu, pada saat itulah seorang lelaki dengan penuh ketenangannya datang untuk memberikan penyelesaiannya. Mana mungkin seorang lelaki yang mudah stress dan mudah panik dapat membuat wanita jatuh cinta padanya?
Sekarang saya nak tanya pembaca wanita blog ini, apakah ciri-ciri lelaki idaman hati anda???

new past