Hanya Kerana Aku Sekolah Cina?
Nov 7, 2014, ϟ

Teringat zaman sekolah rendah. Sebab aku benci kaum sendiri.  Benci orang Melayu kecuali yg aku kenal & baik dgn aku.

Waktu sekolah rendah aku belajar PAFA kat sekolah lain. Itu pun sebab mak sedara suruh aku belajar kat situ. Bila aku masuk sekolah kebangsaan tu, aku kena ejek. Semua ejek aku anak cina. “Mak pak hang cina”. Hanya sebab aku sekolah cina, semua ejek aku. Yang budak perempuan pandang aku macam nak makan aku. Mata jeling-jeling. Yang baik cuma cousin, kawan 1 tadika aku syikin & bdk perempuan yg baru masuk jugak.

Pernah juga sampai ada yg bila org nak duduk tempat diorg yg tak ambil kelas PAFA, diorg pesan kat kawan diorg jgn bagi sesiapa duduk tempat tu. Aku pernah kena berdiri sebab tak dapat tempat duduk. Last ustazah masuk tanya kenapa tak duduk? Aku bagitau then ustazah cakap duduk ja.

Memang hari-hari aku kena ejek. Bila time makan, aku makan sensorang. Pergi memana sensorang. Sebab tu sampai sekarang aku boleh buat kerja atau pergi memana sensorang sebab dah biasa.

Sampai 1 masa ni aku dah tak tahan, aku cakap kat mak aku malas pergi kelas PAFA. Last aku berhenti ja. Mana tahan tiap-tiap petang kena ejek. Layanan macam orang asing. Macam aku ni dari planet lain. Sedangkan kawan cina aku kalau aku kena kacau diorang back up aku. Diorang bela aku. Kalau aku tak faham dalam pelajaran, diorg ajar sampai aku faham.


Perkara tu buat aku benci orang Melayu. Bila sekolah menengah aku belajar untuk terima kaum sendiri. Biasalah, dah cerdik sikit. Dah boleh fikir mana baik buruk.

new past